Mesyuarat Agung PAS Cawangan berjalan lancar

Tanjong Karang, 15 Mac                :               PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10 yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah. Dan telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Miskon Misani.

 

upu-shaari-jabarDi dalam Mesyuarat Agung tersebut yang dihadiri oleh 23 orang ahli, telah menyaksikan beberapa jawatan utama di dalam PAS Cawangan telah berubah.  Mohamad Shahri Jabbar telah dipilih oleh perwakilan sebagai Ketua Cawangan PAS yang baru menggantikan Ghazali Asari. Manakala Naib Ketua PAS Cawangan, Haji Tasuki @ Mukri Akad berjaya mengekalkan jawatan tersebut.

 

Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan pula kini disandang oleh Mohamad Sobirin Omar, apabila Mohd Sofian Mohd Khalil, mengundurkan diri sebagai Ketua, begitu juga dengan Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan kini disandang oleh Norazmah Muhamad Kassim, menggantikan Siti Insiah Tahir, juga tidak mempertahankan jawatan.

 

Bagi AJK PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah untuk sesi 2009 / 2011, Ghazali Asari, Mohd Sofian Mohd Khalil, Mohd Shahid Sadimin, Siti Insiah Tahir, Ustaz Mudasir Salimin, Hajah Supiyah Ponin, Ustaz Mohd Azim Basri dan Mohd Fauzi Mahmud telah dipilih oleh perwakilan untuk mengisi jawatan tersebut.

 

Mohd Apandi Johar pula mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi Tetap, manakala Haji Ithnain Salleh pula dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Tetap PAS Cawangan. Pemeriksa kira-kira PAS Cawangan pula ialah Mohd Shahri Mohd Sahli dan Mohd Ngamal Sanimun bagi sesi 2009/2011.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: