PAS Cawangan terbit buku “Sedekad Menelusuri Perjuangan”

Tanjong Karang, 15 Mac                :               PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah menerbitkan buku “Sedekad Menelusuri Perjuangan” sempena dengan Mesyuarat Agung PAS Cawangan kali ke-10 di Bilik Gerakan PAS Cawangan.

 cover-sejarah-caw01

Buku tersebut diterbitkan bertujuan untuk membolehkan ahli-ahli PAS Cawangan mengetahui sejarah penubuhan dan perkembangan PAS Cawangan sejak ditubuhkan 10 tahun yang lalu.

 

Buku yang ditulis oleh Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, menyentuh beberapa perkara antaranya Sejarah Penubuhan PAS Cawangan, Penubuhan Jawatankuasa Pemuda dan Muslimat PAS Cawangan sehinggalah perkembangan terkini PAS Cawangan. Turut dimuatkan di dalam buku tersebut ialah gambar-gambar yang berkaitan sepanjang 10 tahun PAS Cawangan Batu 9 ditubuhkan.

 

Buku tersebut yang diedarkan secara percuma kepada semua perwakilan di dalam Mesyuarat Agung tersebut turut meyentuh mengenai tokoh-tokoh PAS Cawangan yang telah kembali kerahmatullah dan terlibat sejak awal penubuhan PAS Cawangan.

 

Menurut Mohd Faizal, adalah diharapkan dengan penerbitan buku ini ia akan menjadi rujukan untuk ahli-ahli PAS Cawangan khususnya generasi akan datang mengenai sejarah penubuhan PAS Cawangan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: