Pemuda dan Muslimat terajui kepimpinan PAS Cawangan Batu 9

Tanjong Karang, 22 Mac                :               Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Karang, Mexco-faizal07ohd Faizal Mohd Barja dilantik semula sebagai Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah bagi sesi 2009 – 2011 semasa Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan di Bilik Gerakan PAS Cawangan.

 

Turut dilantik semula ialah Mohd Fauzi Mahamod, sebagai Bendahari PAS Cawangan. Manakala muka baru yang juga AJK PAS Cawangan, Ustaz Mohd Adzim Basri, dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Cawangan menggantikan Haji Ithnain Salleh.

 

Sementara itu enam orang lagi telah dilantik sebagai AJK PAS Cawangan yang terdiri dari gandingan muka lama fairuzdan muka baru iaitu, Daim Hassan, Sarifin Isan dan Apandi Johar. Manakala muka baru pula ialah Nadhirah Shariff, Ustazah Siti Rusiah Basri dan Mohd Anuar Shahlan.

 

Di dalam Mesyuarat Agung yang lepas perwakilan telah memilih, Ghazali Asari, Mohd Sofian Mohd Khalil, Siti Insiah Tahir, Hajjah Supiyah Ponin, Ustaz Mudasir Salimin, Mohd Shahid Sadimin, Ustaz Mohd Adzim Basri dan Mohd Fauzi Mahamod sebagai AJK PAS Cawangan bagi sesi 2009 – 2011.

 

Apa yang lebih membanggakan ialah, separuh daripada AJK PAS Cawangan sesi ini di terajui oleh golongan muda yang berumur dibawah 35 tahun ke bawah, selain itu wakil Muslimat PAS  juga telah bertambah berbanding tahun sebelumnya, Kini Muslimat PAS mempunyai 5 orang wakil di dalam AJK PAS Cawangan terdiri dari Ketua Jawatankuasa Muslimat dan 4 orang Muslimat sebagai AJK PAS Cawangan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: