Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Batu 9 dibentuk

upu-kakintanTanjong Karang, 22 Mac                :               Ahli Jawatankuasa (AJK) Muslimat PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah dilantik oleh Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan, Norazimah Binti Muhamad Kassim.

 

Hajjah Sopiah Ponin dikekalkan sebagai Naib Ketua, manakala, Nadhirah Shariff pula dilantik sebagai Setiausaha Muslimat PAS Cawangan yang baru. Bendahari Muslimat PAS Cawangan pula kini di pegang oleh, Jumilah Zainudin.

 

Dua orang bekas Ketua Muslimat PAS Cawangan sebelum ini dilantik sebagai AJK Muslimat PAupu-siti-insiah1S Cawangan iaitu, Che Liah Mohamad Ariff dan Siti Insiah Tahir, manakala Supatmi Sanimon pula dilantik semula sebagai AJK Muslimat PAS Cawangan. Bagi mengisi tiga lagi kekosongan AJK Muslimat PAS Cawangan, beliau telah melantik muka baru dan berusia dibawah 40 tahun iaitu, Nor Effa Rizan Mokhiar, Ustazah Siti Rusiah Basri dan Fatimah Awang.

 

Norazimah atau lebih dikenali sebagai Intan baru dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah di dalam Mesyuarat Agung PAS Cawangan baru-baru ini menggantikan Siti Insiah Tahir yang melepaskan jawatan setelah 8 tahun mengetuai Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan sejak tahun 2001.

 

Menurut Intan, misinya kini sebagai Ketua Muslimat PAS Cawangan ialah untuk membantu Wanita-wanita Kampong khususnya Muslimat dengan program ekonomi bagi meningkatkan pendapat keluarga mereka. Selain itu program pengajian yang sebelum ini diasaskan oleh Ketua Muslimat yang terdahulu akan diteruskan seperti biasa, katanya.

 

Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan untuk sesi ini juga menampilkan muka lama dan muka baru, dengan gabungan tersebut diharapkan akan dapat meningkatkan prestasi Muslimat PAS Cawangan berbanding sebelum-sebelum ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: