Pimpinan PAS Cawangan diberi peranan diperingkat Kawasan

Kampong Sungai Tengi Kiri, 21 Apr    :           Beberapa Pimpinan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah dipilih dan dilantik untuk menerajui PAS Kawasan Tanjong Karang dan Dekawasan-cawanganwan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang untuk sesi 2009 / 2011.

 

Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, telah dilantik semula sebagai Setiausaha DPP Kawasan Tanjong Karang dan telah diberi kepercayaan oleh perwakilan sebagai AJK PAS Kawasan Tanjong Karang.

 

Manakala Ketua Penerangan PAS Cawangan, Ustaz Mohd Adzim Basri, yang juga Naib Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) telah dipilih sebagai Timbalan Ketua DPP Kawasan yang baru.

 

Dan seorang lagi ialah Pengerusi Tetap PAS Cawangan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Tengi Kiri, Ir Haji Roslan Basri, juga telah dipilih oleh perwakilan sebagai AJK PAS Kawasan Tanjong Karang.

 

Sementara itu, Ketua JPC PAS Cawangan, Mohamad Sobirin Omar, pula telah dilantik sebagai AJK DPP Kawasan dan Bekas Ketua JPC PAS Cawangan yang juga AJK PAS Cawangan, Mohd Sofian Mohd Khalil pula telah dipilih oleh perwakilan sebagai AJK DPP Kawasan untuk tiga penggal berturut-turut sejak tahun 2005.

 

Dua orang lagi AJK PAS Cawangan yang diberi peranan ialah Nadhirah Sharif yang dilantik sebagai Ketua Kaunseling Nisa’ Kawasan Tanjong Karang dan Ustazah Siti Rusiah Basri yang dilantik sebagai Ketua Perhubungan Awam Nisa’ Kawasan Tanjong Karang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: