Setiausaha PAS Cawangan dilantik sebagai EXCO DPP Negeri Selangor

exco-faizal06Shah Alam, 29 Mei : Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang, telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Negeri Selangor untuk sesi 2009 – 2011 oleh Ketua DPP Negeri Selangor, Ustaz Hasbollah Ridhwan, dalam Mesyuarat pertama AJK DPP Negeri Selangor.

Beliau yang telah menyandang jawatan sebagai SU sejak tahun 2004 juga telah diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi Lajnah Ekonomi & Pembangunan Usahawan DPP Negeri Selangor.

Sementara itu, Khairul Fahmi Mat Som, telah dilantik sebagai Setiausaha DPP Negeri Selangor yang baru manakala bekas Setiausaha DPP Negeri Selangor sesi lalu Muhd Azizi Abd Rahim dilantik sebagai Penolong Setiausaha 1 dan Sufian Mat Nan sebagai Penolong Setiausaha 2 DPP Negeri Selangor.

Manakala Ustaz Kamal Ashaari yang tidak mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Ketua dilantik sebagai Bendahari DPP Negeri Selangor dan dibantu oleh Ustaz Khaidar Taslim sebagai Penolong Bendahari DPP NFairuz_Faisalegeri Selangor.

Dalam perkembangan yang lain, seorang lagi AJK PAS Cawangan Nadhirah Shariff juga telah dipilih sebagai AJK Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Selangor di dalam Muktamar DMP Negeri Selangor pada 2 Mei 2009 yang lalu di Batang Kali, Hulu Selangor. Beliau yang juga isteri kepada Mohd Faizal merupakan menyandang jawatan tersebut dan telah diamanahkan sebagai Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat (IT) DMP Negeri Selangor.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: