Muslimat PAS Cawangan anjur kelas pengajian

Batu 9, 1 Okt      :                              Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Batu 9 Kampong Tengupu-kakintanah telah menganjurkan kelas pengajian Iqra untuk pelajar-pelajar sekolah rendah sekitar kampong Sungai Tengi Kiri. Kelas tersebut dibuat di 2 buah surau belainan yang terletak di Kampong Sungai Tengi Kiri.

Menurut Ketua JMC, Norazman Mohd Kassim, Kelas pengajian tersebut adalah untuk membimbing kanak-kanak supaya mahir dalam pengajian al-quran selain apa yang diajar di Sekolah Rendah Agama. Buat masa ini, kedua-dua kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar.

100_2941Kelas pertama, katanya, diadakan pada setiap hari sabtu dan ahad sebelah petang di Surau An-Nur  Lorong Menanti 1 pada jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang. Pada hari sabtu kelas tersebut dikendalikan oleh Bendahari JMC Cawangan, Rodziah Samsudin dan dibantu oleh guru KAFA, Ustazah Masliah, manakala pada hari ahad ia dikendalikan sendiri oleh beliau dan juga dibantu oleh Ustazah Masliah.

Manakala di Surau Haji Ahmad Lorong Menanti 3, kelas diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu jam exco-adzim018.30 malam sehingga 9.30 malam dan dikendalikan oleh Ketua Penerangan PAS Cawangan, Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang.

Selain itu, turut diadakan kelas thahfiz juga dikendalikan oleh Ustaz Mohd Adzim Basri bersama isterinya yang juga AJK PAS Cawangan, Ustazah Siti Rusiah Basri, yang juga AJK JMC Batu 9 Kampong Tengah pada setiap hari ahad jam 9.00 pagi.

Kelas tersebut hanya mengenakalan bayaran minima sebanyak RM25.OO bagi 3 orang anak setiap keluarga manakala bagi anak yatim pula tidak dikenakan bayaran, katanya yang juga AJK Nisa’ Tanjong Karang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: