Pemuda PAS Cawangan bantu PRK Bagan Pinang

Batu 9, 5 Okt      :               Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 9 Kampong DSC00526Tengah telah turun padang membantu calon PAS Zulkefly Mohamad Haji Omar, di dalam Pilihanraya Kecil N32 Bagan Pinang Negeri Sembilan.

Pemuda PAS Cawangan turun ke Bagan Pinang sejak hari Penamaan calon diketuai oleh Ketua JPD Cawangan Muhamad Sobirin Omar bersama beberapa Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan.

Semasa di Bagan Pinang, JPC juga berkesempatan mengiringi  Jentera Pemuda PAS Unit Peti Undi (UPU) Bradwall membuat laporan polis di Balai Polis Lukut bersama Ahli Jawatankuasa DPP Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja, berikutan tindakan pihak Barisan Nasional (BN) mencabut dan membung bendera PAS yang dipasang ke dalam parit berhampiran.

Antara Pemuda Cawangan yang turut serta ialah Naib Ketua JPC Cawangan, Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz yang juga Timbalan Ketua DPP Kawasan, Bendahari JPC Cawangan, Mohd Sofian Mohd Kalil, yang juga AJK DPP Kawasan.

JPC bersama DPP Kawasan akan ke Bagan Pinang sekali lagi pada hari jumaat sehingga hari mengundi pada hari ahad iaitu pada 11 Oktober 2009.

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang yang akan diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohamad Noor, daripada BN. Calon PAS, Zulkefly Mohamad Haji Omar, akan ditentang oleh calon BN, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: