PAS Cawangan turun ke Bagan Pinang sehingga hari mengundi

Bagan Pinang, 11 Okt     :               Pilihanraya kecil N32 Bagan Pinang Negeri Sembilan telah menyakDSC00152sikan kekalahan calon PAS, Zulkiefly Mohamad Omar dengan Calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abd Samad dengan majoriti 5,435. Zulkiefly memperolehi  2,578, manakala Isa Samad memperolehi 8,013.

Walaupun keputusan tersebut sesuatu yang mengecewakan tetapi ia merupakan sebahagian daripada perjuangan. PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah yang diwakili oleh Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) & Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) sekali lagi telah turun padang bagi membantu calon PAS pada hari jumaat malam sehingga hari mengundi.

DSC00155Pada pagi ahad jam 4.30 pagi JPC bersama Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor dan PAS Negeri Perak telah berjaya menahan sebuah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu di Unit Peti Undi  (UPU) Seliau. Hasil daripada penahanan bas tersebut, didapati 28 orang berada di dalam bas.

Bila ditanya dari mana dan kemana arah tuju bas tersebut, pemandu bas tersebut hanya berkata,” saya tidak tahu, saya hanya diarahkan membawa penumpang ke sini untuk membantu kempen pilihanraya”, katanya.

 

Difahamkan sebelum bas tersebut ditahan sebuah bas lagi telah berjaya menurunkan penumpang dan penumpang tersebut telah dibawa menggunakan kereta ke sebuah tempat yang tidak diketahui. Begitu juga sebuah PAS Lagi terpaksa berpatah balik sebagi sahaja bas kedua tersebut berjaya ditahan oleh petugas PAS.

Tetapi bas tersebut berjaya dijejaki oleh DPP Kawasan Kuala Selangor yang mengekori bas tersebut sehingga ke Hentian Rehat Seremban. Tidak lama kemudian sebuah kenderaan polis telah tiba ditempat kejadian setelah berlaku bertikaman lidah antara petugas PAS dan pihak polis bas tersebut telah dibawa ke balai polis Rantau.

Antara yang berada ditempat kejadian ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Negeri Selangor, Mohd Faizal Mohd Barja yang juga Setiausaha DPP Tanjong Karang dan Setiausaha PAS Cawangan, Timbalan Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz, yang juga Naib Ketua JPC, Ketua JPC, Mohd Sobirin Omar dan Mohd Sofian Mohd Kalil yang juga AJK DPP Kawasan dan beberapa org lagi AJK DPP Tanjong Karang

Muslimat yang turut serta dalam kempen tersebut pula ialah AJK PAS Cawangan, Nadhirah Shariff yang juga AJK Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Selangor dan Azura.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: