Keahlian PAS Cawangan semakin meningkat

Batu 9, 22 Okt    :               PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah semakin mendapat sokongan daripada penduduk kampong Sungai Tengi Kiri, ini terbukti dengan penambahan jumlah keahlian PAS Cawangan yang semakin meningkat dari masa ke semasa.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, sebelum ini kira-kira 9 orang ahli PAS cawangan telah diterima mendaftarannya oleh PAS Pusat ditambah pula dengan mendaftaran beberapa ahli baru dikalangan penduduk tempatan yang baru mengisi borang dan telah dihantar kepada pihak PAS Kawasan.

Insya-Allah, sedikit masa lagi keahlian tersebut akan diluluskan oleh pihak PAS Pusat, katanya yang juga Penolong Setiausaha PAS Tanjong Karang.

Keahlian PAS Cawangan telah meningkat pada tahun ini berbanding tahun lepas terutama selepas Norazmah Muhamad Kassim dipilih sebagai Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Batu 9 Kampong Tengah di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan ke-10 tahun ini.

Norazmah yang lebih dikenali sebagai Kak Intan sangat komited menambah keahlian PAS Cawangan terutamanya di kalangan wanita.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: