Umat Islam diseru menuntut Ilmu dengan membaca

Tanjong Karang, 6 Nov   :               Islam adalah satu-satunya agama dengan jelas, tegas dan nyataexco-adzim03 memartabatkan ilmu sebagai sesuatu yang pasti dimiliki untuk meraih kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat. Penerangan kitab suci al-quran bermula dengan gesaan mencari ilmu menerusi pembacaan sudah cukup menyatakan kepentingan ilmu itu, kerana ilmu membezakan antara kejahilan dan kecerdikan, kata Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz, Imam 2 Masjid Ar-Raudhah Tanjong Karang sewaktu membaca khutbah jumaat hari ini.

 

Firman Allah di dalam surah Az-Zumar ayat ke-9 “Katakanlah lagi (kepadanya) : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna”

 

Menuntut Ilmu ialah pra syarat untuk membolehkan manusia benar-benar berperanan sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi. Dengan ilmu manusia dapat mengenali dan berinteraksi dengan alam lain. Sesungguhnya mengenali Allah, diri, alam dan makhluk merupakan persediaan asas untuk manusia berfungsi dengan sebaik mungkin, katanya lagi yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang.

 

Mencari ilmu, menurutnya, tiada sempadannya, ia adalah persoalan global dan universal, merentasi sempadan geografi, Negara, bangsa dan warna kulit. Rasulullah s.a.w bersabda : “Tuntutlah ilmu walaupun sampai kenegara china”.

 

Ilmu juga adalah wadah untuk meraih kepentingan dunia dan akhirat. Saidina Ali ada menyatakan “Barangsiapa yang mahukan dunia hendaklah dengan mendapatkan dengan Ilmu dan barangsiapa yang mahukan akhirat hendaklah mendapatkan dengan Ilmu dan barangsiapa yang mahukan kedua-duanya hendaklah mendapatkan dengan Ilmu”

 

Ilmu boleh digarap dan diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya membaca, menyoal, mendengar, melihat, memerhati, menyelidik, membuat kesimpulan dan sebagainya. Induk bagi semua cara tersebut ialah membaca. Kajian ilmiah telah membuktikan 70% dari maklumat yang diperolehi oleh manusia adalah menerusi pembacaan.

 

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, berkata, dunia hari ini melihat kepada kepentingan membaca sama seperti kepentingan bertutur dan berjalan. Seseorang yang boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya dengan cepat akan dapat melaksanakan kerjanya berkali-kali ganda kualiti dan kuantiti dari seseorang yang mampu membaca secara biasa.

 

Membaca adalah usaha penanaman modal dan urusan perdagangan yang tidak pernah merugikan, apatah lagi jika yang dibaca itu mendatangkan kemanfaatan didunia serta menjanjikan balasan pahala pula menantinya.

 

Kesimpulan yang dapat kita buat setakat ini, membaca adalah asas kepada pembelajaran dan jalan pertama kearahnya. Ia juga sebagai jalinan komunikasi seseorang dengan orang lain bagi memperolehi pengalaman dan pengetahuan mereka. Jalinan komunikasi ini sangat penting untuk kelangsungan hidup. Sedikit pengetahuan yang diperolehi seseorang akan merangsang minat dan naluri untuk menambahkan lagi penghasilan ilmu dan akhirnya terbentuklah budaya membaca dalam dirinya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: