Qiamullail bersama Pemuda PAS Tanjong Karang

100_3076Tanjong Karang, 7 Nov   :               Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 9 Kampong Tengah telah menyertai program Qiamullail yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang bertempat di Kompleks PAS DUN Sungai Burong (KOMPAS)

 

Program yang dimulakan dengan BBQ jam 9.00 malam sambil menonton Perlawanan Bola Sepak antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang dipaparkan menggunakan skrin telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pemuda-pemuda Tanjong Karang.

 

Qiamullail dimulakan jam 4.30 pagi dan dipimpin oleh Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin,  yang juga Imam 2 Masjid Jamiul Hasanat Batu 10, Tanjong Karang, dimulakan dengan solat  tahajud, solat taubat, solat hajat dan diakhiri dengan solat witir.

 

Manakala solat subuh diimamkan oleh Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz, Timbalan Ketua DPP Tanjong Karang merangkap Imam 2 Masjid Ar Raudhah Tanjong Karang yang juga Ketua Penerangan PAS 100_3081Cawangan Batu 9 Kampong Tengah. Manakala kuliah subuh sekali lagi disampaikan oleh Ustaz Mat Hasbollah.

 

Sejurus selepas itu satu usrah ringkas dan perbincangan isu semasa telah diadakan bagi menerangkap kepada pemuda-pemuda mengenai isu semasa yang sedang berlaku sekarang disamping membincangkan program-program yang akan dilaksanakan pada masa akan datang.

 

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, yang juga Pengerusi KOMPAS dan Setiusaha PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad turut serta dalam program tersebut. 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: