Presiden PAS arah guna IT lawan persepsi buruk

Shah Alam, 8 Nov : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta PDSC_0084AS menggunakan IT sepenuhnya untuk melawan segala tohmahan sehingga melahirkan persepsi buruk terhadap PAS.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di Majlis Perasmian Sambutan 10 Tahun Jabatan Teknologi Maklumat (IT PAS) Pusat di Quality Hotel Shah Alam.

“Kita memang tersekat untuk masuk dalam semua rumah rakyat negara ini, tetapi saya yakin ICT boleh melakukannya,” kata Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya itu.

Untuk melaksanakannya, beliau meminta kajian, penyelidikan dan inovasi dibuat untuk membolehkan perkara ini dilaksanakan.

“Kita mesti mendahului lawan kita dalam hal ini walaupun kita kekurangan jentera, petugas dan sebagainya,” kata beliau.

Dalam ucapannya itu juga, Abdul Hadi menyelar pihak-pihak yang menggunakan IT sekarang untuk menyebarkan maklumat salah sehingga menimbulkan fitnah.

“Kena ingat, fitnah ini besar dosanya,” katanya.

Turut hadir dalam majlis sambutan ini adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Dato’ Haji Mahfuz Omar, Setiausaha DSC_0090Agung, Dato’ Haji Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad serta Ustaz Abd Ghani Samsudin, Pengerusi Lajnah ICT PAS Pusat.

Arahan Tuan Guru Abdul Hadi ini diadakan sehari selepas seminar memperkasakan PAS yang banyak mendapat imput baru untuk memperkasakan parti Islam itu.

Saranan Tuan Guru Abdul Hadi dilihat selaras dengan usaha Lajnah Penerangan PAS Pusat yang sedang berusaha menganjurkan Konvensyen Blogger PAS dalam masa terdekat.

Ianya mempunyai tujuan serupa iaitu membentuk kumpulan blogger PAS bagi menangkis fitnah di alam maya. Selain itu ianya juga diharap mampu berdepan serangan ‘cyber trooper’ parti lawan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: