Muslimat PAS Cawangan hadiri seminar menangani keganasan rumahtangga

Dato’ Manan, 21 Nov : Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Batu 9 Kampong Tengah, telah menghadiri “Seminar Katakan Tidak Kepada Keganasan Rumahtangga” yang telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong dibawah program “One Stop Crisis Center (OSCC)” di Dewan Melati Kampong Dato’ Manan Darat, Tanjong Karang.

Program yang telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Khidmat Masyakarat (PKM) DUN Sungai Burong, Drs Mohd Rashdi Deraman, merangkap Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang tersebut adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada wanita mengenai konsep “keadilan” dalam hubungan kekeluargaan, memberi kefahaman dan kesedaran wanita terhadap hak-hak mereka yang dilindungi oleh undang-undang dan menyediakan tempat yang selamat untuk mendapatkan rawatan.

JMC Cawangan telah diwakili oleh Ketua JMC, Norazimah Muhd Kassim, Setiausaha JMC, Nadhirah Sharif, Bendahari JMC, Rodziah Samsudin, selain  Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Penolong Setiausaha PAS Tanjong Karang serta Pengerusi Tetap PAS Cawangan, Haji Ithnain Salleh.

Selain ceramah yang telah disampaikan oleh, Zawiah Mohd Amin, sesi forum yang bertajuk “OSCC: Peranan dan Maklumat” turut diadakan oleh pihak penganjur yang dipengerusikan oleh Hajjah Rohainah Hassan selaku salah seorang aktivis “Kami Prihatin” yang terlibat sebagai penganjur program tersebut.

Manakala ahli-ahli panelnya terdiri dari Pengarah Hospital Tanjong Karang, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Selangor, Pegawai Polis Daerah Kuala Selangor dan seorang peguam syar’ie dari sebuah firma guaman di Kuala Lumpur yang banyak terlibat dengan badan NGO. Selepas itu sesi soal jawab diantara peserta dan ahli panel turut diadakan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: