Perutusan Sempena Hari Raya Aidil Adha 1430H

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada hari Jumaat ini, iaitu 27 November 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430H, Saya  ingin mengucapkan salam Aidiladha dan persaudaraan buat semua Umat Islam khususnya penyokong dan pendokong perjuangan Islam.

Esok, tanggal 9 Zulhijjah, Jamaah Haji dari seluruh pelusuk dunia telah meneruskan aktiviti haji dan berwukuf di Padang Arafah. Dapat kita bayangan di Padang Mahsyar kelak. Keadaan ini harus dijadikan iktibar dan peringatan buat kita juga, semoga ia akan menguatkan lagi keazaman kita dalam beribadah. Kita juga, berdoa agar Allah menerima ibadat haji dan mengabulkan doa para Jamaah yang kini sedang berada dikemuncak musim haji tahun ini.

Dalam pada itu, Saya juga ingin mengajak seluruh umat Islam yang tidak berpeluang menunaikan haji, untuk merenungi akan kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim di dalam menunaikan perintah Allah s.w.t. dan kesabaran baginda melalui ayat 102 – 103, surah As Saffat,:

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata : “Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat di dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka Fikirkanlah apa pendapatmu.” Ia menjawab : Hai ayahku! Kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.”

Di dalam melaksanakan perintah itu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail telah menyerahkan diri mereka sepenuhnya di dalam melaksanakan perintah Allah sehingga dengan kurnia Allah yang maha Penyayang, Allah telah menghantarkan seekor kibasy untuk menggantikan Nabi Allah Ismail yang juga disebutkan di dalam surah As Saffat,ayat 106 – 107:

“Sesungguhnya ini benar-benar satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”

Oleh itu, dalam kegembiraan menyambut Hari Raya, Saya menyeru, kepada Umat Islam yang berkemampuan pada hari ini untuk melakukan ibadat korban. Ibadat korban bermaksud menyembelih haiwan tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Ada banyak hadis yang menyebut keutamaan ibadat korban. Antaranya, hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:

“Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (ibadat korban).”

“Bahawasanya ia (haiwan yang dikorbankan itu) datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih.”
(Hadis riwayat al-Tarmizi).”

Melalui hadis ini, kita dapat dengan jelas bahawa ibadat korban adalah ibadat atau amalan yang disukai oleh Allah. Maka tentunya ia mendapat kemuliaan di sisi Allah pada hari kiamat kelak.
Jika Aidilfitri kita berperang untuk mengikat tali perut dan melawan pelbagai nafsu, Aidiladha mengajarkan kita cara untuk membuktikan kesungguhan perjuangan dan keikhlasan kita pada Allah.

Justeru itu, Saya berharap agar sambutan perayaan ini dapat mengukuhkan lagi tali persaudaraan seluruh Umat Islam yang berkampung dan bergotong-royong dalam menunaikan ibadah dibulan mulia ini.

Disamping itu, bulan Zulhijjah juga adalah bulan terakhir dalam kalendar umat Islam, maka ianya juga penutup bagi tahun 1430H dan perlulah kita muhasabahkan diri sebelum kita menyahut cabaran 1431H mulai bulan hadapan.

Semoga perayaan Aidiladha ini akan menjadi pencetus kesedaran kita untuk berubah menjadi lebih baik dan maju lagi, kerana setiap Umat Islam itu adalah hamba Allah yang terbaik dari kalangan hamba-hambaNya yang lain.

Mohd Faizal Bin Mohd Barja
Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Tanjong Karang
Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: