Buku terbaru Setiausaha PAS Cawangan terbit dipasaran

Batu 9, 2 Dis  : Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Mohd Faizal Mohd Barja, telah menerbitkan buku terbarunya iaitu Profail Tokoh-Tokoh PAS Tanjong Karang. Buku yang dijual dengan harga RM6.00 tersebut akan mula berada dipasaran mulai hari ini.

Buku ini diterbitkan adalah bertujuan untuk memperkenalkan tokoh-tokoh pimpinan PAS Tanjong Karang yang telah banyak berjasa kepada parti dan masyarakat setempat, ia berkaitan dengan sejarah ataupun biodata mereka untuk menjadi rujukan kepada ahli-ahli khususnya generasi muda mengenai pemimpin awal PAS di kawasan Tanjong Karang, katanya yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Tanjong Karang, berkata, buku ini menampilkan 8 orang tokoh yang telah dipilih berdasarkan kepada jasa, pengalaman dan pengorbanan yang telah mereka berikan kepada parti, seperti Mantan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Musa Mohamad, Mantan Naib YDP, Haji Chamsari Kasaman, Mantan Ketua Urusan Ulama’ PAS Tanjong Karang, Ustaz Khairullah Junid dan Mantan AJK PAS Tanjong Karang, Haji Mahat Mohamad.

Tidak ketinggalan diketengahkan ialah pemimpin-pemimpin Muslimat yang telah banyak berjasa dan membantu PAS khususnya setiap kali dalam pilihanraya sama ada umum ataupun kecil seperti Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Siti Sabariah Hashim, Naib Ketua DMP Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Asmah Ahmad, AJK-AJK DMP Tanjong Karang, Hajjah Salimah Sukaimi dan Ustazah Safiah L. Ahmad, katanya lagi yang juga Setiausaha DPP Tanjong Karang.

Tambahnya, Buku seperti ini akan diterbitkan lagi pada tahun hadapan dengan menampilkan beberapa lagi tokoh-tokoh yang telah, sedang dan masih berkhidmat secara langsung dengan PAS samaada diperingkat Cawangan ataupun Kawasan.

Ini merupakan buku ketiga yang pernah diterbitkan oleh Mohd Faizal, sebelum ini beliau telah menerbitkan buku “Sedekad Penelusuri Perjuangan” sempena dengan Mesyuarat Agung PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah kali ke-10 dan sebuah buku “SRIKANDI Matara Rantai Perjuangan” yang mengisahkan mengenai tokoh-tokoh pimpinan DMP Pusat dan wakil-wakil rakyat Muslimat bersama dengan Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN (HEPDUN) DMPP pada tahun 2006.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: