Umno akui zalimi rakyat Kelantan

Oleh : Mohd Faizal Mohd Barja

Akhbar Utusan Malaysia semalam (2 December 2009) telah mengeluarkan beberapa pandangan individu yang mendesak agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan supaya memohon maaf kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan berikutan kenyataannya untuk mendoakan Najib dan Umno dimusnahkan oleh Allah S.W.T sekiranya tidak memberikan royalti minyak sebanyak 5% kepada rakyat Negeri Kelantan. Selain itu, Umno Kelantan turut mengadakan demontrasi di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) bagi tujuan yang sama.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Takutlah olehmu akan doa orang – orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab – halangan –“

Jadi berdasarkan hadis tersebut Islam telah membenarkan orang-orang yang dizalimi untuk memohon pertolongan Allah agar kezaliman yang mereka terima dari musuh-musuh mereka mendapat balasan daripada Allah S.W.T.

Jadi kenapa pemimpin-pemimpin Umno khususnya akhbar-akhbar mereka serta beberapa ahli akademik mengecam kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tersebut jika mereka tidak bersalah dan tidak pernah melakukan kezaliman?, maknannya disini secara tidak langsung pemimpin-pemimpin Umno telah mengakui yang mereka itu sebenarnya adalah dikalangan orang yang zalim! Kalau tidak kenapa mereka takut jika Tuan Guru Nik Aziz dan penyokong-penyokong PAS mahu mendoakan kemusnahan mereka?

Perlu diingat, isu itu timbul berikutan keengganan pihak kerajaan pusat yang dipimpin oleh Najib dan membawa slogan 1Malaysia untuk membayar royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak 5% sepertimana yang terdapat di dalam perjanjian semata-mata kerana Kelantan ditadbir oleh PAS!.

Kita masih ingat dulu semasa PAS memerintah Negeri Terengganu tahun 1999 dengan tiba-tiba Kerajaan Negeri Terengganu yang selama bertahun-tahun menikmati royalti minyak, telah ditarik balik oleh kerajaan pusat yang ketika itu dipimpin oleh, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, dan ditukar istilah kepada “Wang Ihsan”. Sedangkan didalam perjanjian tersebut tidak terselit sedikitpun perkataan Wang Ihsan yang ada ialah Royalti!. Dan bila Negeri Terengganu kembali ditabdir oleh BN dengan serta merta wang ehsan tersebut bertukar semula kepada royalti.

Bukankan itu satu kezaliman yang nyata dan telah dilakukan oleh Umno/ Bn? Perkara yang sama kini berlaku di negeri Kelantan Royalti minyak tidak diserahkan kepada rakyat Kelantan sebaliknya ditadbir oleh Umno Kelantan melalui sebuah Jabatan yang didirikan untuk membalas dendam kepada rakyat Kelantan kerana menyokong PAS iaitu Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Ahli Parlimen BN Gua Musang, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, dalam beberapa kenyataan juga menyokong supaya royalti minyak tersebut diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan, kenapa pemimpin-pemimpin Umno, khususnya Najib masih berdegil dan memberi pelbagai alasan untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan? Bukankah ia sudah jelas termaktub di dalam Perjanjian?

Selain isu royalti minyak, Kelantan yang telah masuk tahun ke-19 ditadbir oleh PAS, juga telah lama dizalimi oleh kerajaan persekutuan, dan perkara ini pernah diakui oleh Dato’ Mustapha Mohamad, sewaktu menjadi ADUN Bukit Bunga di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan. Jadi, setelah 19 tahun pemimpin PAS bersabar dengan pelbagai kerenah, penindasan dan pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Umno/ Bn, maka kini sudah sampai masanya Tuan Guru Nik Aziz memohon pertolongan dan bantuan daripada Allah S.W.T supaya orang-orang yang melakukan kezaliman tersebut diberikan balasan oleh Allah S.W.T. Bukankah doa itu merupakan senjata orang mukmin?

Jadi jelaslah sekarang, tindakan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno yang bertindak mengecam dan mengadakan demontrasi di hadapan SUK Kelantan, berikutan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz tesebut, adalah menunjukkan bahawa Najib dan Umno sememangnya orang yang zalim!.

 

*Penulis adalah Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor merangkap Setiausaha DPP Tanjong Karang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: