Blog Sebagai Arena Dakwah Bukan Dan Bukan Medan Memfitnah

Taman Melewar, 20 Dis : Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi  kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa,  hinggalah kepada Youtube, twitter, Netlog, Blogger, WordPress dan sebagainya, kata Pengerusi Lajnah Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) PAS Pusat, Ustaz Haji Abd Ghani Samsudin, sewaktu membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah”.

Beliau membengkan kertas kerja tersebut di semasa Konvensyen Blogger PAS 2009 yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat di Dewan Dato’ Fadhil Mohd Noor, Pusat Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar Kuala Lumpur. Turut membentangkan kertas kerja ialah Prof Madya Dr Abu Hasan  Hasbullah daripada Universiti Malaya. Program tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Web Blog kini, menurutnya, semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran  orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media social yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger.

Melalui blog dan laman peribadi seperti ini seseorang atau malah kumpulan, baik parti mahupun organisasi dapat diruntuhkan pengaruh dan nama baik mereka. Lebih-lebih lagi apabila diangkat dan dihebohkan oleh media perdana dan dijadikan tajuk utama dalam pemberitaan mereka, ujarnya

Memandangkan besarnya pengaruh media baru ini sehingga dia memungkin banyak peristiwa besar boleh berlaku apabila di di arah dan dimanfaatkan secara jitu dan sistemetik maka wajar kita membicarakan tajuk ini dengan mengenalpasti apakah yang dimaksudkan dengan blog, apakah kebaikan menggunakan blog, apakah ciri-ciri blog yang baik, etika penulisan blog dari perspektif syara’ dan umum untuk meningkatkan kebijaksanaan masyarakat umum ; khasnya khalayak blogger sehingga kebaikkan dan manfaatnya dapat diraih semaksima mungkin demi kepentingan masyarakat dan Negara, ujarnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat berkata, Etika blogger ini jika dikaitkan dengan sumber-sumber dalil nas maka kita akan dapati betapa Islam menghargai penulisan dan tanggungjawab menulis atau menuturkan sesuatu samada dengan lisan, tulisan atau imej dan sebagainya. Allah berfirman dalam Surah al Qalam ayat , “Nun demi pena dan catitannya.” 

Dalam surah Qaf ayat 18 Allah menegaskan bahawa, “Setiap perkataan yang dituturkan semuanya di bawah pemantauan Malaikat Tuhan Raqib dan Atid” .

Dalam Surah Yasin ayat 65  Allah menegaskan “Pada hari Kami menutup rapat mulut mereka, manakala tangan mereka mengatakan kepada Kami keperihalannya, kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan mereka yang lalu.”

Ini bermakna penulisan apa juga bentuknya mestilah disertai dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Manusia tidak terjerumus dalam neraka kecuali hasil penuturan lisan atau pengungkapan penanya. Seorang penulis blog umpamanya  mestilah, Mengikhlaskan niat menulis kerana Allah. Tulisan kerana Allah menghalakan kandungannya kepada suatu yang benar, betul dan berfaedah. Niat berkenaan mengangkat martabat penulisan itu sebagai ibadah yang diganjari oleh Allah dengan pahala dan kebaikan.

Seterusnya, Penulisan itu mestilah menyebarkan nilai-nilai kebenaran dan kandungan ayat dan wahyu agama. Ia wajar menampilkan saranan yang berguna dan tidak bersifat munkar dan fahsya’. Penulis blog juga  perlu memainkan peranan sebagai penyeru ke arah kebaikan atau al Aamir bil ma’ruf dengan kepintaran berbahasa, mengadun warna atau imej grafik yang bernilai tinggi, menampilkan blog yang mesra pembaca dan sebagainya.

Penulis blog juga, menurutnya,  perlu melaksanakan tugas nahy ’anil munkar. Mencegah kecenderungan ke arah kejahatan serta meminggirkan pautan-pautan buruk yang boleh menyeret muda mudi serta pengunjung blog ke laman-laman web lucah dan porno.

Sebagai pemangkin kepada reformasi pemikiran, sosial, politik , ekonomi dan budaya maka bloger perlu mempersiapkan diri dengan ilmu serta keupayaan kepimpinan setakat yang terluang oleh persekitaran. Dan tidak menggunakan blog untuk memfitnah dan menganiayakan orang lain, mencerca dan sebagainya, ujarnya lagi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat.

Sebenarnya untuk merumuskan satu etika blogger muslim yang baik satu seminar atau bengkel khusus para blogger perlu dianjurkan untuk diperincikan dengan menyeluruh etika berkenaan serta dibahas dan dirumuskan secara jama’i sehingga dapat diguna pakai oleh khalayak blogger muslim yang multazim dan berbudi mulia, ujarnya mengakhiri ucapan tersebut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: