Persepsi Adalah Informasi – Prof Madya Dr Abu Hasan

Taman Melewar, 20 Dis : Weblog/ blogosfera telah berkembang dengan terlalu pesat dan berada dalam posisi paling berpengaruh dalam kepolitikan Malsyaia. Potensi blog/ media baru sebagai jentara pemacu keprcayaan dan pengaruh politik bukan suatu helah yang dipertikaikan lagi, petunjuk dari Pilihanraya Umum (PRU) ke-12 tahun 2008 jelas menunjukkan bagaimana di sepanjang 1998 sehingga 2008 persepsi-persepsi telah ditaburkan dan disebarluaskan tanpa henti sehingga stagnansi PRU ke13 nanti akan berlaku sekali lagi pergolakan politik yang lebih tidak stabil hasil dari keputusan yang lebih tidak stabil hasil dari keputusan yang tidak memihak kepada pembentukan majoriti secara mudah, atau terhasilnya sebuah proses politik baru iaitu keperluan bersekutu dalam membentuk majoriti, ujar Prof Madya Dr Abu Hasan Hasbullah dari Universiti Malaya

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas Kerja di dalam Konvensyen Blogger PAS 2009 di Dewan Dato’ Fadhil Mohd Noor, Pusat Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar Kuala Lumpur. Turut membentangkan kertas kerja ialah Ustaz Haji Abd Ghani Samsudin, Pengerusi Lajnah Teknogi Maklumat & Komunikasi (ICT) PAS Pusat. Program tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Kedudukan sistem perikatan seperti dalam Barisan Nasional (Bn)  dan Pakatan sekarang sudah tidak dapat dipakai. Ini kerana dari kajian ZENTRUM (2009) jelas menunjukkan berlakunya perubahan ketara dalam kepercayaan politik di dalam kandungan blog dan media baru yang menampakkan tidak berpihaknya pada mana-mana aliran politik, sebaliknya meningkat aliran liberalisme politik atau politik atas isu dan krisis, bukannya konservatif atau taat, ujarnya yang juga penganalisis politik tanahair

Media baru, menurutnya, telah melalui persepsi dan mengembangkannya menjadi informasi mengadiluhung pemikiran terhadap masadepan atau future studies yang cukup tinggi. Ini kerana dalam kandungan media baru yang dianggap sumber-sumber persepsi tadi menuntut kesungguhan, kepantasan dan kebijakan bagi para politikawan khususnya dan para pelayar krisis politik amnya untuk menganalisis, menilai dan memutuskan langkah-langkah dan strategi-strategi yang harus diambil terutamanya dalam menangani dan menguruskan informasi tadi agar dapat digunakan sebagai sumber kempen, mahupun kandungan dalam manifesto dan gerakan pengukuhan pengaruh sama ada secara perhubungan awam, komunikasi mahupun pembinaan polisi dan tindakan masadepan.

Bagi menjadikan media baru berfungsi maksimum maka tentunya kebijakan untuk menguruskan upadaya-upadaya dalam teknologinya, termasuk dalam kandungannya hendaklah sentiasa diatus dan disiapsiagakan khususnya dalam mengembangkan jaringan sokongan yang berupaya bersekutu dengan ideology dan gerakan politik itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: