Politik Kurun Ke 21 Adalah Politik Yang Dikuasai Dan Menguasai Informasi

Taman Melewar, 20 Dis : Prof Madya Dr Abu Hasan Hasbullah dari Universiti Malaya berkata, Politik kurun ke 21 adalah politik yang dikuasai dan menguasai informasi. Keterbukaan, kebebasan, kepantasan, kecekapan dan kebijakan menjadi pilar teratas mengadiluhung pengaruh dan kuasa media baru atau blogosfera atau mediasfera yang sekarang ini merupakan magnet paling menguat dalam mencipta gravitas terhadap segala susur dan susul penghidupan ekoposial manusia.

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas Kerja di dalam Konvensyen Blogger PAS 2009 di Dewan Dato’ Fadhil Mohd Noor, Pusat Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar Kuala Lumpur. Turut membentangkan kertas kerja ialah Ustaz Haji Abd Ghani Samsudin, Pengerusi Lajnah Teknogi Maklumat & Komunikasi (ICT) PAS Pusat. Program tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Maka tentunya, dalam pergelutan kepolitikan parti misalnya dan menunjangi krisis politik  Negara seperti Malaysia  faktior penguasaan media baru dalam menguasai arena politik begitu kuat. Cuma sejauhmana berkebolehannya para pemain politik nasional menjenterakan media baru seperti blog untuk melancarkan kekuatan dan menjenterakan kebijakan yang akan mempercepatkan tercapainya matlamat kuasa.

Hal yang demikian adalah tekanan paling menguat terhadap institusi politik  yang sering mendaifkan diri dengan mempercayai kemampuan media tradisi, sedangkan media baru telah menunjukkan pengaruh dan kuasa yang luarbiasa. Peranan media baru yang digerakkan oleh institusi politik seperti PAS, Umno masih lemah.

Memahami potensi media baru seperti blog dan jaringan sosial internet dalam kepercayaan politik di Malaysia, adalah menguruskan bagaimana media bari ini membentuk kesedaran berpolitik setiap orang. Mengikut Zentrum Future Studies Malaysia (ZENTRUM) di sepanjang period 2002 hingga 2004 pertumbuhan menggunakan media alternatif yang radikal terhadap politik adalah melonjak ke 48% dengan taburan sebanyak 500,000 blog dan hampir 70% dari blog tersebut menjadikan politik sebagai kandungan.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: