Presiden Lancarkan Kelab Blogger PAS

Taman Melewar, 20 Dis  : Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, telah melancarkan penubuhan Kelab Blogger PAS selepas merasmikan Konvensyen Blogger PAS 2009 di Dewan Dato’ Fadhil Mohd Noor, Pusat Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Dengan tema Benar, Berani dan Berwibawa, Kelab Blogger PAS diwujudkan adalah bertujuan untuk mengumpulkan blogger-blogger PAS supaya menjadi agen kepada PAS untuk menyampaikan maklumat sahih berkaitan dengan parti.

Ia juga bertujuan untuk mewujudkan kesatuan pemikiran dikalangan blogger-blogger PAS dalam menentukan hala tuju dan matlamat parti.

Kelab Blogger PAS tersebut tersebut diwujudkan dibawah Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dan Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Pusat, Ahmad Zaidy Abd Mutalib, telah diamanahkan sebagai Presiden Kelab tersebut.

Pada majlis tersebut juga, laman web rasmi Kelab Blogger PAS turut dilancarkan dan boleh dilayari di alamat http://kelabblogger.pas.org.my/

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Ustaz Nasruddin Hasan, serta beberapa pimpinan PAS Pusat dan dewan-dewan. Seramai lebih 300 orang blogger PAS telah menghadiri konvensyen yang pertama kalinya diadakan dan dianjurkan oleh PAS.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: