Dewan Pemuda PAS Selangor Buat Laporan Polis

Shah Alam, 28 Dis : Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor telah membuat laporan polis terhadap kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Negeri Selangor (GKPPNS) di hadapan Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor pada 27 Disember 2009 (ahad) yang lalu.

Laporan tersebut telah dibuat oleh Timbalan Ketua DPPN Selangor, Ahmad Zaidy Abd Talib di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dan diiringi oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa (AJK) DPPN Selangor dan Ahli-ahli Pemuda PAS Shah Alam dan Gombak.

Tindakan  kumpulan itu, menurut Zaidy, telah mencemar dan menjejaskan imej PAS sebagai salah satu parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana ia berunsur fitnah dan berniat jahat khusunya terhadap PAS Negeri Selangor.

“Laporan polis ini adalah bertujuan untuk membersihkan PAS kerana mereka telah menyamar sebagai ahli PAS dan telah menggunakan nama PAS dalam perhimpunan tersebut. Kita tidak tahu siapa mereka kerana dari semakan yang telah pihak kami lakukan, kita dapati mereka bukan ahli PAS seperti yang didakwa”

Beliau yang juga Ketua DPP Kawasan Selayang berkata, kenyataan mereka semasa dalam perhimpunan tersebut adalah satu pembohongan dan berniat jahat terhadap PAS apabila menyatakan bahawa PAS telah dijadikan boneka dan kuda tungangan oleh PKR dan DAP. Tuduhan ini telah jelas menjejaskan nama baik parti ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa perhimpunan tersebut itu telah didalangi oleh pihak Umno.

“Kita yakin ada unsure-unsur sabotaj dan keterlibatan mereka (Umno) jelas dalam usaha untuk merampas kembali Kerajaan Negeri Selangor”, ujarnya.

Mengenai tindakan susulan yang akan diambil oleh pihak DPPN Selangor, beliau berkata,  pihak DPPN Selangor akan meneliti samaada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat atau sebaliknya.

“Kita akan mengenal pasti mereka dan sia dalam disebalik perhimpunan itu melalui gambar serta video yang telah kita perolehi. Pihak kami juga berharap supaya pihak berkuasa akan mengambil tindakan lanjut agar sepera seperti ini tidak akan berulang pada masa akan datang, katanya lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: