Bekas Naib YDP Tanjong Karang dimasukkan ke Hopsital Tanjong Karang

Tanjong Karang 1 Jan : Bekas Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang Haji Chamsari Kasaman, 70, telah dimasukkan ke Hospital Tanjong Karang selasa lepas disebabkan serangan jantung. Beliau yang  ditempat di Wad 1, terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan, walaubagaimanapun keadaan beliau stabil.

Menurut anaknya, Ruhayana Chamsari, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang, pada hari isnin malam tersebut, kira-kira jam 2.00 pagi,  bapanya telah mengadu sakit dada, lalu telah dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk pemeriksaan lanjut. Bagaimanapun setelah mendapat rawatan daripada pihak hospital. Doktor mengesahkan tidak ada apa dan dibenarkan pulang.

Walaubagaimanapun, pada hari selasa sekitar jam 11.00 pagi, bapanya sekali lagi mengadu sakit dada, lalu dibawa sekali lagi ke hospital. Dan pihak hospital telah menahan beliau di wad untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut Ruhayana lagi, Dr memaklumkan satu saluran darahnya telah tersumbat dan beliau telah diberikan ubat untuk mencairkan darah tersebut.

Haji Chamsari, kini berada di dalam keadaan yang stabil, tetapi Dr telah menasihatkan supaya tidak banyak bercakap untuk mengelakkan keletihan.
Walaubagaimanapun, semasa menerima lawatan daripada Penolong Setiausaha PAS Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, beliau sempat bertanyakan kesihatan Bekas YDP PAS Tanjong Karang, Ustaz Musa Mohamad dan Ketua Dewan Ulama’ PAS (DUP) Negeri Selangor, ustaz Mohd Zain Abd Rahman, serta Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Setiausaha PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor, Bekas Setiausaha PAS Tanjong Karang, Haji Mohd Saad Ibrahim dan beberapa orang pimpinan PAS dipelbagai peringkat antara yang menziarahi beliau di hospital.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: