Mohd Sofian dikurniakan seorang lagi cahayamata

Batu 9, 31 Dis : Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Mohd Sofian Mohd Khalil, 38, yang juga AJK Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, telah dikurniakan cahayamata kedua pada 30 Disember 2009. Bayi perempuan seberat 3.5kg telah selamat dilahirkan pada jam 3.30 petang di Hospital Sungai Buluh.

Isterinya, Effa Rizan Mokhiar, 28, yang juga Ahli Jawatankuasa Muslimat (JMC) PAS Cawangan juga berada di dalam keadaan yang selamat. Dan telah dibawa pulang kerumahnya di Lorong Menanti 1 Kampong Sungai Tengi Kiri Tanjong Karang keesokan harinya (31 Disember 2009)

Walaubagaimanapun, menurut Mohd Sofian,  anaknya itu terpaksa di bawa ke Hospital Tanjong Karang kerana diserang penyakit kuning selama 2 hari untuk mendapat rawatan lanjut.

Dan pada hari ahad, isteri dan anaknya telah dibawa ke kampongnya di Sijangkang, Banting sehingga habis pantang, katanya lagi.

PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah mengucapkan tahniah kepada beliau dan isteri kerana telah melahirkan anak kedua. Semoga anak-anaknya mengikut jejak langkah kedua ibubapanya yang mejadi pendokong PAS satu hari nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: