Laksanakan seluruh perintah Allah, bukan hanya memperjuangan kalimahnya sahaja

Tanjong Karang, 8 Jan : Lafaz Allah merupakan kalimat suci yang khusus bagi agama dan Umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau dimasukkan dengan agama-agama bukan Islam yang lain, Kata Imam 2 Masjid Ar Raudhah Tanjong Karang, Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz, sewaktu membaca khutbah Jumaat.

Oleh itu, katanya, wajib bagi Umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap  kalimah tersebut, maka ia perlu disekat.

Penggunaan kalimah Allah bagi penganut bukan Islam amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara agama seterusnya boleh membawa masalah yang serius jika tidak dikawal, katanya lagi yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang.

Lebih-lebih lagi, menurutnya, apabila mengenangkan kelalaian Umat Islam yang ada pada hari ini, yang hanya memperjuangkan kalimah Allah semata-mata, tetapi perintah Allah tidak dijaga, hukum-hukum Allah tidak dijaga, alquran hanya diletakkan ditepi sahaja. Inilah salah satu faktor yang menyebabkan  Islam menjadi lemah.

Kita perlu muhasabah diri apakah kita sudah betul-betul melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah. Sebagai warga Negara yang menghormati  undang-undang, hendaklah kita bertindak dengan bijaksana dan kita wajib kembali sepenuhnya mengamalkan undang-undang Islam bukan hanya nama Allah sahaja yang kita pertahankan, tetapi keseluruhannya perlu kita pertahankan, iaitu dengan cara kita pertahankan Islam itu sendiri dengan sebaik-baiknya, katanya lagi.

Beliau mengakhiri khutbah dengan memetik firman Allah dalah surah Al-Baqarah ayat 120, yang bermaksud “Orang yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju kepada engkau (Wahai Muhamad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) “sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itu petunjuk yang benar”. Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: