KENYATAAN MEDIA : ISU BAKAR GEREJA

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengecam keras tindakan dayus oleh pihak tertentu yang telah membakar tiga gereja di sekitar Lembah Kelang baru-baru ini. Tindakan itu langsung tidak mencerminkan akhlak orang yang beragama, walau agama mana sekalipun, jauh sekali dari ajaran agama islam.

Dengan tidak menuduh mana-mana pihak, kami juga tidak menolak kemungkinan bahawa hal ini dilakukan oleh mereka yang sengaja ingin mencetuskan sentimen agama dan berunsur provokatif.

Kami yakin bahawa saudara kami di pihak kristian tidak akan terpengaruh dengan provokasi jahat ini sebagaimana kami yakin bahawa umat islam yang waras di Malaysia ini tidak akan melakukan tindakan sedemikian.

Mungkin tindakan jahat ini akan diteruskan selagi pihak yang tidak bertanggungjawab ini belum mendapat hasil yang memuaskan hati mereka, mungkin selepas ini mereka akan membakar masjid pula sebagai kononnya pihak kristian membalas tindakan membakar gereja.

Oleh itu kami menyeru, agar semua pihak dan penganut mana-mana agama, jangan melenting dengan provokatif primitif ini, sebarang respon yang boleh menimbulkan kesan buruk haruslah dijauhi, ini termasuk sebarang bentuk ucapan atau tindakan yang bersifat emosional.

Sebarang perselisihan akan dapat diselesaikan dengan baik sekiranya semua pihak mengambil langkah rasional dan tidak bertindak secara tidak bertamadun.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyatakan pendirian seiring dengan pendirian Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang bahawa tindakan membakar tiga gereja baru-baru ini adalah bukan dari ajaran agama islam.

Sekian.

Zulkifli Ahmad
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Selangor.
9 JANUARI 2010

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: