Ketua PAS Cawangan Raden Puteh Meninggal Dunia

Raden Puteh, 20 Jan :  Ketua PAS Cawangan Raden Puteh, Haji Adam Mohd Zain, 70, telah meninggal dunia jam 5.30 pagi tadi dirumahnya di Jalan Raden Puteh Sawah Sempadan Tanjong Karang, Selangor kerana penyakit tua.

Allahyarham yang sebelum ini telah dibawa ke Hospital Sungai Buluh beberapa kali untuk menerima rawatan lanjut  sebelum dibawa pulang kerumahnya sejak dua minggu yang lalu telah meninggalkan seorang isteri, Hajjah Aini Senin dan 7 orang cahayamata.

Allahyarham yang juga pesara Jabatan Parit dan Saliran (JPS) telah menjadi Ketua PAS Cawangan Raden Puteh sejak mula ditubuhkan pada tahun 1998.

Seramai lebih 1,000 orang ahli dan penyokong PAS, serta keluarga dan rakan-rakan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang telah banyak berjasa kepada parti. Jenazah telah disembahyang dan diimamkan oleh Ustaz Munjir Ashaari dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjong Karang.

Antara Pimpinan PAS Yang hadir ialah Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Haji Misran Serman, merangkap Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pengarah Pusat Khidmat DUN Sungai Burong, Bendahari PAS Kawasan, Haji Abu Hasan Amat, Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Haji Shafie Jali dan pimpinan PAS Tanjong Karang, Dewan Pemuda dan Muslimat PAS Tanjong Karang.

Naib Ketua PAS Cawangan, Haji Tasuki Akad, Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, merangkap Penolong Setiausaha PAS Kawasan, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan, Hajjah Supiah Ponin, Haji Ithnain Salleh antara pimpimnan PAS Cawangan yang menziarahi jenazah Allahyarham.

Semoga Allah memberkati dan mencucuri rahmat keatas roh allahyarham. Al-Fatihah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: