Pemuda dan Muslimat PAS Cawangan akan tubuhkan PASTI pada tahun hadapan

Batu 9, 27 Jan : Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 9 Kampong Tengah dan Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Batu 9 Kampong Tengah dengan kerjasama PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah bersetuju untuk menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Cawangan pada tahun hadapan.

Objektif utama penubuhan PASTI tersebut adalah bertujuan untuk memberikan alternatif  kepada penduduk kampong dan penduduk sekitarnya untuk memberikan pendidikan kepada kanak-kanak pra-sekolah dengan pendidikan yang berteraskan Islam.

Hasrat untuk menubuhkan kelas PASTI tersebut sudah lama dan pernah dibawa di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan beberapa tahun yang lalu, namun cadangan tersebut terpaksa di tangguhkan untuk sementara waktu disebabkan beberapa masalah ketika itu, kata Pengerus Penaja PASTI Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang.

Setakat ini, katanya, terdapat dua lokasi yang strategik telah dikenal PASTI untuk dijadikan sebagai kelas PASTI iaitu di bangunan Surau An-Nur Lorong Menanti 1 ataupun di Taman Masria.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: