Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meninggal dunia

Pasir Puteh, 3 Feb : Mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) Ustazah Hajjah Khalthom Othman, 61, telah meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian kerana diserang setelah diserang ‘massive stroke’ kira-kira jam 1.30 pagi.

Beliau dimaklumkan diserang angin ahmar di rumahnya pada jam 2.30 petang semalam sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis kemudiannya dirujuk ke HUSM. Jenazah telah disemadikan selepas Zohor di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh.

Ustazah Khalthom yang lebih mesra dengan panggilan Mak Som merupakan seorang pimpinan Muslimat yang komited dan cekal. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) selama dua penggal dari tahun 1991 sehingga tahun 2007. Manakala pada tahun 2004, beliau telah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh dan telah memenangi kerusi tersebut selama 3 bulan sebelum diisytiharkan kalah oleh mahkamah.

Di dalam parti pula beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat dari tahun 1991 sehingga tahun 2001. Manakala di peringkat DMP pula pernah memegang jawatan sebagai Ketua DMP Negeri Kelantan  dari tahun 1991 menggantikan Ketua DMP Negeri, Ustazah Hajjah Wan Asma’ Wan Abd Kadir yang meelpaskan jawatan kerana uzur pada waktu itu.

Manakala diperingkat DMP Pusat pula telah diamanahkan sebagai Naib Ketua DMPP pada tahun 1991 sehingga tahun 2001 sebelum diamanahka sebagai Timbalan Ketua DMPP dari tahun 2001 – 2003. Manakala pada tahun 2003 beliau telah diamanahkan sebagai Ketua DMPP selama sepenggal sehingga tahun 2005.

Bagi Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Mohd Faizal Mohd Barja, yang pernah terlibat menerbitkan buku “SERIKANDI MATARANTAI PERJUANGAN” bersama dengan Lajnah Hal Ehwal Parlimen dan DUN (HELDUN) DMPP iaitu sebuah buku yang mengumpulkan maklumat pimpinan DMPP sejak awal penubuhannya, pada tahun 2006, menganggap pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada perjuangan PAS khususnya Dewan Muslimat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: