PAS Cawangan adakan majlis ramah mesra bersama ahli

Batu 9, 10 Feb  : PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah mengadakan program ramah mesra dengan ahli-ahli PAS Cawangan yang diadakan di tapak Markaz PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Lorong Menanti 1 Tanjong Karang.

Program yang bertujuan untuk merapatkan hubungan diantara pimpinan PAS Cawangan dan ahli-ahli tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari ahli.

Lebih meriah lagi ialah dengan adanya jamuan BBQ yang disediakan. Antara menu yang disediakan ialah Kerang Bakar, Ayam Bakar, Keli Bakar dan Pari Bakar selain Nasi dan Air Tebu.

Program yang berjalan dalam keadaan santai tersebut bermula pada jam 9.00 malam sehingga jam 1 pagi. Lebih memeriahkan suasana ialah dengan kehadiran ramai dikalangan anak-anak muda dari Kampong Sungai Tengi Kiri yang menyertai program tersebut. Tidak ketinggalan ialah ahli-ahli Muslimat PAS Cawangan yang turut tidak ketinggalan untuk hadir memeriahkan suasana.

Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang, Drs Mohd Rashdi Deraman, merangkap Penasihat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Burong, Naib YDP, Haji Misran Serman, merangkap Pengarah PKM DUN Sungai Burong dan Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) turut hadir.

Juga turut meluang masa untuk menghadiri program tersebut ialah Bendahari Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, Muhamad Abd Majid dan Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Kawasan, Mohd Norusabah Abd Ghani serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Tengi Kiri, Haji Roslan Basri.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: