Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan kali ke-11

Batu 9, 17 Feb : PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali yang kesebelas pada 21 Februari 2010 bersamaan dengan 5 Rabi’ul Awwal 1431H iaitu pada hari ahad jam 2.30 petang bertempat di bilik Gerakan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah Lorong Menanti 1 Kampong Sungai Tengi Kiri Tanjong Karang.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, merangkap Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dijadualkan akan merasmikan Mesyuarat Agung Cawangan tersebut.

Menurut Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, maklumat awal kepada seluruh ahli PAS Cawangan telah pun diberitahu manakala surat arahan kepada ahli-ahli PAS Cawangan juga telah diedarkan mulai minggu ini. Dijangka sekurang-kurang 50% ahli PAS Cawangan akan hadir ke Mesyuarat Agung tahun ini.

Apa yang menariknya, Mesyuarat Agung pada kali ini bukan sahaja bagi memenuhi tuntutan di dalam Perlembagaan PAS, tetapi PAS Cawangan telah memasuki usia yang kesebelas tahun sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1998 yang lalu. Lebih membanggakan lagi ialah, jumlah keahlian PAS Cawangan yang berdaftar telah meningkat secara mendadak berbanding tahun lepas, terutamanya dari kalangan pemuda dan muslimat muda di sekitar kampong, kata Mohd Faizal yang juga Penolong Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang.

Sempena dengan 11 tahun menubuhan PAS Cawangan juga, sebuah tayangan khas menyorot sejarah perjuangan penubuhan PAS akan ditayangkan semasa majlis perasmian, bagi mendedahkan kepada ahli-ahli PAS Cawangan mengenai perjuangan tokoh-tokoh perjuang PAS yang telah bertanggungjawab menubuhkan dan peristiwa-peristiwa yang telah dilalui sepanjang penubuhan PAS sejak tahun 1951, katanya lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: