Ahli PAS diseru perkukuhkan jentera parti

Batu 9, 21 Feb : Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, menyeru kepada setiap ahli PAS Cawangan supaya mengukuh jentera parti diperingkat bawahan sebagai persediaan untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

PAS bersama rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) telah diberi mandat untuk mentadbir Negeri Selangor di dalam Pilihanraya Umum yang lalu, oleh yang demikian setiap ahli PAS mesti berperanan sebagai matarantai kepada pihak kerajaan negeri Selangor dalam memberi maklumat kepada rakyat diperingkat bahawan supaya mereka mengetahui apa yang telah, sedang dan yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Selangor, katanya  yang juga Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah kali ke-11 yang diadakan di Bilik Gerakan PAS Cawangan di Lorong Menanti 1 Kampong Sungai Tengi Kiri. Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawaan, Mohd Rosli Kamsani, selaku Pemerhati PAS Kawasan.

Dalam keadaan PAS yang tidak memerintah sebelum Pilihanraya Umum lepas pun, PAS bersama rakan dalam PR boleh melakukan pelbagai gerak kerja, adalah mustahil dengan kelebihan yang ada sekarang sebagai sebuah parti yang memerintah ahli-ahli PAS tidak boleh melakukan gerak kerja yang lebih baik berbanding sebelumnya, katanya lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: