Mesyuarat Agung PAS Cawangan berjalan dengan lancar

Batu 9, 21 Feb :  Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah kali ke-11 telah berjaya diadakan di Bilik Gerakan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Lorong Menanti 1 Kampong Sungai  Tengi Kiri Tanjong Karang dan telah dirasmikan oleh Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo merangkap Ahli Majli Daerah Kuala Selangor.

Seramai lebih 30 orang perwakilan PAS Cawangan telah menghadiri Meyuarat Agung tersebut yang bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Buat pertama kalinya dalam perasmian Mesyuarat Agung PAS Cawangan, satu tayangan video Klip selama 9 minit, mengenai sejarah perjuangan PAS telah dipertontonkan kepada ahli-ahli PAS Cawangan.

Blog rasmi PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah juga turut dirasmikan oleh Ustaz Mohd Judi Sarjo, sebaik sahaja majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS Cawangan  selesai. Turut hadir dalam Mesyuarat Agung terebut ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Mohd Rosli Kamsani, selaku pemerhati PAS Kawasan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: