Pemuda PAS Cawangan hantar perwakilan ke Mesyuarat Agung DPP Kawasan

Batu 10, 10 Apr : Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 9 Kampong Tengah telah menghantar Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah kali ke-46 yang diadakan di Dewan Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah, Batu 10 Jalan Bernam Tanjong Karang.

Mesyuarat Agung tersebut yang telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS  (DPP) Pusat, Ahmad Zaidy Abd Talib, merangkap Timbalan Ketua DPP Negeri Selangor. Antara yang hadir dalam majlis perasmian ialah Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, merangkap Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Setiausaha PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli MDKS, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang, Ustazah Hajjah Jamiyah Yussuf, Ahli Jawatankuasa (AJK) DMP Tanjong Karang, Norsidah Samat yang juga AJK PAS Kawasan.

Didalam ucapannya, Ahmad Zaidy berkata, Pemuda PAS perlulah  bersiap sedia daripada sekarang bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang yang dijangka akan diadakan pada tahun 2011. Pemuda mestilah berperanan sebagai mata dan telinga bagi pihak kerajaan Negeri Selangor supaya setiap program yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri Selangor sampai ke pengetahuan setiap rakyat di Negeri Selangor.

Beliau juga menyeru kepada Pemuda-Pemuda PAS agar mengambil contoh perjuangan pemuda al-kahfi sebagaimana tercatat didalam al-quran, iaitu pemuda-pemuda yang beriman dan berani menentang kezaliman pemerintah.

Selain perwakilan JPC, pimpinan PAS Cawangan yang turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Cawangan, Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz, yang juga Timbalan Ketua DPP Kawasan, Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha DPP Kawasan, Ketua JPC, Muhd Sobirin Omar, yang juga AJK DPP Kawasan dan AJK PAS Cawangan, Mohd Sofian Mohd Kalil, yang juga AJK DPP Kawasan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: