PAS Cawangan bantu Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor

Batang Kali, 25 Apr :  PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, turut turun padang membantu calon Pakatan Rakyat (PR) yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor melalui Calon PKR, Dato’ Zaid Ibrahim, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR Pusat.

Jentera PAS Cawangan turut bersama-sama dengan PAS Tanjong Karang dan PAS Negeri Terengganu bertugas di Felda Desa Maju, Sungai Tengi bermula dari hari penamaan calon sehingga selesai hari mengundi.

Apa yang membanggakan ialah kebanyakan jentera PAS Cawangan sanggup berulang alik setiap hari untuk bertugas di Felda Desa Maju yang mengambil masa perjalanan selama 1 jam.

Walaupun di dalam PRK tersebut calon , PKR, Dato’ Zaid Ibrahim telah tewas di tangan calon Barisan Nasional (Bn) P. Kamalanathan dengan majority, 1725. Dato’ Zaid memperolehi, 23,272 berbanding calon Bn, Kamalanathan, 24,997. Tetapi iltizam dan semangat yang ditunjukkan oleh jentera PAS Cawangan sangat dibanggakan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: