Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor kali ke-44

Shah Alam, 1 Mei : Muktamar Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor kali ke-44 telah diadakan di Dewan Ballroom Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, dan telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.

DPP Kawasan Tanjong Karang telah menghantar seramai lapan orang perwakilan ke Muktamar DPPN Selangor antaranya ialah Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 9 Kampong Tengah, Muhd Sobirin Omar, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Kawasan. Selain, Muhd Sobirin, ialah Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, selaku AJK DPP Negeri Selangor.

Di dalam Ucapannya, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setiap ahli PAS supaya sentiasa taat dan patuh terhadap keputusan yang telah dibuat oleh parti. Konsep wala’ kepada arahan dan keputusan yang telah dibuat oleh parti amat penting supaya ahli-ahli PAS tidak terkeluar daripada prinsip dan perjuangan.

Kita dibenarkan berbeza pendapat didalam mesyuarat, tetapi apabila keputusan telahpun dibuat semua pihak mestilah patuh dengan keputusan yang telah diambil. Bukannya mengambil sikap yang bertentangan dengan keputusan parti. Jangan ada mesyuarat kedua selepas mesyuarat membuat keputusan, ujarnya lagi yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin PAS Pusat.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Selangor, Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Haji Hassan Shukri, yang juga Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Bendahari BPPN Selangor, Haji Yusof Ludin, Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir,  Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Selangor, Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan, Pengarah Pilihanraya DMP Negeri Selangor, Hajjah Kalsom Bidin.

Selain itu, EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Yaakub Sapari, Ronnie Liew, ADUN Sekinchan, Ng dan Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR Negeri Selangor, Khairul Anuar turut hadir dalam majlis tersebut.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: