Aktivis PAS Cawangan diberi penghargaan oleh PAS Kawasan

Sungai Terap, 8 Mei : Bekas Ketua Penaja PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Haji Ithnain Salleh, 69, telah diberikan anugerah “Tokoh Jasamu Dikenang 2010” sempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang kali ke-46 di Dewan Orang Ramai Sungai Terap, Pasir Penambang.

Anugerah telah disampaikan oleh Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan, Drs Mohd Rashdi Deraman bagi menghargai jasa dan pengorbanan yang telah banyak disumbangkan oleh golongan veteran PAS di Kawasan Tanjong Karang.

Selain beliau turut dianugerahkan sebagai “Tokoh Jasamu Dikenang 2010” ialah Pengerusi Tetap PAS Kawasan Tanjong Karang, Haji Kamaruddin Morni, Bekas Setiausaha PAS Kawasan, Haji Mohd Saad Ibrahim, Bekas Ketua Urusan Ulama’ PAS Kawasan, Ustaz Khairullah Junid, AJK PAS Cawangan Kampong Dato’ Manan, Haji Sukim Arshad, AJK PAS Cawangan Sungai Terap, Haji Apandi Misani, dan Bekas AJK PAS Cawangan Permatang, Wan Chik.

Manakala Muslimat PAS Tanjong Karang yang dinobatkan sebagai Tokoh Jasamu Dikenang 2010 ialah Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS (DMP) Tanjong Karang, Halimatus Sakdiah Sulaiman, AJK DMP Tanjong Karang, Hajjah Salimah Sokami dan Bekas Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Sungai Terap, Ustazah Hajjah Musripah Kasan Ali.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: