Mesyuarat Agung Tahunan PAS Tanjong Karang kali ke-46

Sungai Terap, 8 Mei : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Tanjong Karang kali ke-46 telah dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu, dan telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Sungai Terap, Batu 2 Pasir Penambang.

Majlis Perasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran diikuti dengan nyanyian Lagu Tema PAS oleh seluruh pimpinan dan perwakilan PAS Cawangan-cawangan. Seterusnya ialah ucapan, Setiausaha PAS Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Panitia Mesyuarat Agung PAS Tanjong Karang. Ucapan aluan pula oleh Yang Dipertua PAS (YDP) PAS Tanjong Karang, Drs Mohd Rashdi Deraman.

Walaubagaimanapun ucapan perasmian dilakukan lewat disebabkan Haji Mohamad Sabu, tidak dapat hadir pada waktu pagi kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Di dalam ucapannya, Haji Mohamad Sabu, meminta PAS menumpukan perhatian kepada sokongan pengundi-pengundi Melayu terhadap PAS  bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang. Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor baru-baru ini haruslah diambil berat oleh jentera PAS supaya pola pengundi melayu akan berubah seterusnya memberi kejayaan kepada PAS dalam Pilihanraya akan datang.

Sokongan dan kepercayaan pengundi Cina dan India terhadap PAS pada masa ini sangat tinggi terutamanya kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abd Aziz Nik Mat. Ini menunjukkan PAS semakin mendapat sokongan daripada kaum lain.

PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah diwakili oleh 5 orang Perwakilan dalam Mesyuat Agung tersebut iaitu Ketua PAS Cawangan, Mohamad Shaari Jabbar, Naib ketua, Haji Tasuki @Mukri Akad, Pengerusi Tetap, Haji Roslan Basri, yang Juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampong (JKKK) Sungai Tengi Kiri, Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC), Nor Azmah Muhd Kassim dan Bendahari JMC Cawangan, Rodziah Samsudin.

Manakala Ketua Penerangan PAS Cawangan, Ustaz Mohd Adzim Basri Al-Hafiz, Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC), Muhd Sobirin Omar dan AJK PAS Cawangan, Mohd Sofian Mohd Kalil pula adalah antara 15 orang perwakilan Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan ke Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan. Selain itu, Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, pula selaku Penolong Setiausaha PAS Kawasan Tanjong Karang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: