Pemuda PAS Cawangan sertai Himpunan Aman membantah Kelulusan Judi Bola

Tanjong Karang, 28 Mei  : Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 9 Kampong Tengah turut menyertai Himpunan Aman membantah Kelulusan Judi Bola oleh Kerajaan Barisan Nasional (Bn) sempena dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Perkarangan Majid Ar-Raudhah Tanjong Karang, yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS (DPP) Kawasan Tanjong Karang.

Timbalan Yang Dipertua (YDP) PAS Tanjong Karang, Ustaz Mohd Judi Sarjo, berkata, Di malaysia sekarang telah banyak masalah sosial yang berlaku seperti pembuangan bayi, penderaan dan sebagainya yang amat membimbangkan Umat Islam. Jika masalah ini terus berlarutan ia akan mengundang kemurkaan Allah dan apa yang dibimbangi ialah azab dan bala akan diturunkan oleh Allah s.w.t.

Oleh yang demikian langkah Kerajaan Bn menghalalkan pemberian lesen judi bola sempena kejohanan bola sepak piala dunia dibimbangi akan menambahkan lagi kemurkaan Allah s.w.t. Umat Islam mesti bersatu dan mengenepikan fahaman politik untuk sama-sama mempertahankan hukum-hukum Islam. Bukan hanya mempertahankan kalimah Allah tetapi hukum Allah yang jelas telah haram cuba dihalalkan oleh kerajaan Bn, ujarnya lagi yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Sementara itu, Timbalan Ketua DPP Tanjong Karang, Ustaz Mohd Adzim Al-Hafiz, Imam 2 Masjid Ar-Raudhah, Tanjong Karang pula berkata,  Judi adalah haram disisi Islam, walaupun ianya di halalkan oleh Kerajaan Bn, oleh itu setiap Umat Islam mestilah bersama-sama membantah langkah kerajaan Bn yang telah mehalalkan perjudian bola sepak .

Umat Islam mestilah sedar dan insaf dengan pelbagai gejala sosial yang sedang melanda Umat Islam pada masa kini. Oleh itu, jangan lagi  ditambah masalah sosial yang boleh membawa keruntuhan akhlak kepada Umat Islam pada masa kini dengan meluluskan Lesen Judi Bola. Bermain bola diboleh didalam Islam, tetapi berjudi adalah Haram Disisi Islam, katanya lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah.

Antara Pemuda PAS Cawangan yang turut menyertai himpunan tersebut ialah Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Negeri Selangor, Ketua JPC, Muhd Sobirin Omar, yang juga AJK DPP Tanjong Karang, Mohd Sofian Mohd Kalil, AJK DPP Tanjong Karang. Turut kelihatan ialah aktivis PAS Cawangan, Haji Ithnain Salleh.

Antara Pimpinan PAS Kawasan yang turut hadir pula ialah, Penolong Setiausaha 2 PAS Tanjong Karang, Othman Ngah, Bendahari PAS Tanjong Karang, Haji Abu Hasan Amat, Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Kawasan, Sheik Daud Md Maidin, Ab Rahman Bujang, Haji Mohd Saad Bakar dan Abu Zaki Abd Razak. Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) PAS Tanjong Karang turut hadir memberi sokongan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: