Mursyidul Am PAS rasmi Muktamar Serentak Dewan Ulama’ Pemuda dan Muslimat PAS

Pengkalan Chepa, 9 Jun    : Mursidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulama’ (DUP), Pemuda dan Muslimat PAS Pusat yang diadakan di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK).

Acara perasmian dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan ahli Unit Amal dan Briged Muslimat oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, diiringi oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasharuddin Hasan Tantawi dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Ustazah Hajjah Nuridah Mohd Salleh.

Selepas itu, acara diteruskan dengan nyanyian lagu negaraku dan lagu rasmi PAS diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Haji Mustafa Ali sebelum ucapan perasmian oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Haji Hassan Shukri, yang juga bekas, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Bekas Ahli Dewan Negara (Senator) dan Bekas Ketua DPP Pusat telah dianugerah sebagai “Tokoh Pemuda PAS” oleh DPP Pusat. Manakala Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan pula telah dianugerahkan sebagai “Tokoh Mas” oleh DMP Pusat.

Turut dianugerahkan sebagai “Tokoh Jasamu Dikenang” ialah Bekas Ketua DMP Pusat, Ustazah Hajjah Jamilah Ibrahim, yang juga bekas Ahli Dewan Negara (Senator) dan bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Buat pertama kalinya Perwakilan Dewan Pemuda PAS (DPP) dalam Muktamar DPP Pusat diwakili oleh DPP Kawasan-Kawasan. Mengikut Perlembagaan PAS (Pindaan 2009) yang baru, setiap DPP Kawasan diminta menghantar seramai 4 orang perwakilan dalam Muktamar DPP Pusat.

Ekoran daripada itu, Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) DPP Negeri Selangor dan Setiausaha DPP Tanjong Karang dan Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC), Mohd Sobirin Omar, yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) DPP Tanjong Karang, telah dipilih sebagai Perwakilan DPP Kawasan ke Muktamar DPP Pusat.

Turut mewakili DPP Tanjong Karang ialah Naib Ketua DPP Kawasan, Abd Malek Abd Majid dan Pengarah Pilihanraya DPP Tanjong Karang, Muhd Jafaruddin Sheih Daud.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: