Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat berjalan lancar

Pengkalan Chepa, 10 Jun    : Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) Kali ke-51 telah berlangsung di Kelantan Trade Centre bermula jam 9.00 pagi.

Muktamar dimulakan dengan ucaptema oleh Ketua DPP Pusat, Ustaz Nasharuddin Hasan, dengan tema “Murniakan Perjuangan, Maknakan Kemenangan” sejurus selepas ucaptema muktamar berhenti rehat sebelum dimulakan semula sekitar jam 10.30 pagi.

Muktamar DPP Pusat telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, malam sebelumnya serentak dengan Dewan Ulama’ dan Muslimat PAS di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK).

Sebelum itu, Ketua DPP Pusat telah melancarkan beberapa buah buku yang dikarangan oleh pimpinan-pimpinan DPP Pusat antaranya ialah buku karangan Ustaz Nasharudin Hasan sendiri, Ustaz Nik Mohd Abduh Dato’ Nik Abd Aziz dan ustaz Ridhwan Mohd Noor.

Dalam majlis yang sama, DPP Pusat juga turut memberikan anugerah Pengurusan Kewangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Terbaik 2010 dan pelancaran produk PASTI serta produk Tok Guru Sebenar.

Bagi anugerah Pengurusan Kewangan PASTI terbaik, PASTI negeri Selangor telah dipilih merangkul anugerah tersebut. Ketua DPP Negeri Selangor, Ustaz Hasbullah Rihwan, yang juga Pengerusi PASTI Negeri Selangor telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ustaz Nasharuddin sendiri.

Selain daripada itu, PASTI turut melancarkan produk keluarannya yang berupa barangan keperluan harian seperti ubat gigi, teh dan sebagainya. Dalam majlis yang sama Produk Tok Guru Sebenar turut dilancarkan seperti pewangi dan sebagainya.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Mazlan Aliman dan Mohd Taufek Abd Ghani, selaku pemerhati PAS Pusat. Selain itu ialah Bekas Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat, Ustaz Dato’ Haji Yahya Othman dan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Sementara itu, Setiausaha DPP Negeri Selangor, Khairul Fahmi Mat Som, telah dilantik sebagai jurucakap mewakili DPP Negeri Selangor untuk membahaskan Ucaptema Ketua DPP Pusat.

Muktamar yang buat pertama kalinya diwakili oleh DPP Kawasan-kawasan dari seluruh Negara berakhir jam 12.10 malam dengan bacaan dia wehdah oleh AJK DPP Pusat, Ustaz Ridhwan Mohd Noor. Seramai lebih 600 orang perwakilan DPP dari seluruh kawasan telah hadir dalam muktamar tersebut.

DPP Kawasan Tanjong Karang pula diwakili oleh Naib ketua DPP Kawasan, Abd Malek Abd Majid, Setiausaha DPP Kawasan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Pengarah Pilihanraya DPP Kawasan, Muhd Jafaruddin Sheikh Daud dan AJK DPP Kawasan, Mohd Sobirin Omar, yang juga Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 9 Kampong tengah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: