Muktamar PAS Pusat kali ke-56 berjalan lancar

Pengkalan Chepa, 11 Jun    : Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 56 telah berjalan dengan lancar di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK) mulai jam 8.30 pagi.

Muktamar dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Unit Amal oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diiringi oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat, Ustaz Nasharuddin Hasan.

Selepas itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, diiringi oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bersama pimpinan PAS Pusat masuk ke dalam dewan PUTIK.

Kemudian seluruh pimpinan, tetamu, perwakilan dan pemerhati telah menyanyikan lagi Negaraku dan Lagu Tema PAS, sebelum bacaan ayat-ayat suci al-quran oleh anak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Ustaz Dato’ Nassuruddin Daud Dan Ucapan Alu-aluan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Haji Mustafa Ali.

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah menyampaikan Ucapan Dasarnya dengan tema “Islam Adil Untuk Semua” yang menyentuh beberapa perkara seperti, “Tanggungjawab PAS  Dalam Masyarakat Majmuk”, “Pemerkasaan Parti dan Tarbiyyah” dan “Majlis Syura Ulama’”.

Turut disentuh dalam Ucapan Dasar Presiden kali ini ialah mengenai “Dewan Ulama’ PAS Pusat”, “Dewan Pemuda PAS Pusat” dan “Dewan Muslimat PAS Pusat”.

Sejurus selepas majlis perasmian, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, telah menyampaikan cek RM3,000 kepada Hazizul Hakim Mohd Jais, 23, yang memenangi pertandingan mencipta logo Muktamar PAS Ke-56. Beliau baru menamatkan pengajiannya dibidang Grafik dan Media Digital di UiTM Perak.

Tuan Guru Haji Abd Hadi, turut melancarkan telefon bimbit pertama yang direka berkaitan dengan PAS. Di dalam telefon bimbit tersebut terdapat beberapa maklumat berkaitan PAS selain mempunyai arah kiblat dan azan.

Selain itu, beliau turut melancarkan dinar emas yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan bersama-sama dengan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam majlis tersebut Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, turut melancarkan program yang dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat yang diterajui oleh Dr Hajjah Lo’ Lo’ Dato’ Mohd Ghazali.

Sebelum majlis perasmian Muktamar dihentikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, telah menyampaikan beras PAS Kelantan kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Antara yang hadir dalam mendengar ucapan dasar Presiden PAS ialah bekas Setiausaha Agung PAS, Ustaz Abd Halim Arshad, bekas Ahli Majlis Syura Ulama’ PAS, Ustaz Dato’ Yahya Othman, Penasihat Seumur hidup DAP, Dr Chin Man Hin, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giew.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Dato’ Zaid Ibrahim, Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Chong Eng dan Bekas Calon PAS dari kelab penyokong PAS, Kumutar A/P Raman adalah antara pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang hadir.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: