Bekas Timbalan Presiden PAS kembali kerahmatullah

Kuala Lumpur, 14 Jun    : Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Haji Hassan Shukri, 71, meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2.00 petang tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 yang berlangsung di Pusat Tarbiyyah Islamiyyah Kelantan (PUTIK).

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Apabila mereka tiba di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang. Jenazah allahyarham dibawa keluar dari hospital kira-kira jam 3.40 petang.

Sebelum diamanahkan sebagai  Timbalan Presiden PAS dari tahun 2003 – 2005, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Selain itu, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) Pusat tahun dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) oleh Kerajaan PAS Terengganu selepas Pilihan raya Umum kesepuluh tahun 1999 yang lalu.

Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut. Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok (selasa) di Surau Taman Melewar.

Antara pimpinan PAS yang menziarahi jenazah Allahyarham Ustaz Hassan ialah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dato’ Kamaruddin Jafar, Hanipa Maideen.

Manakala pimpinan PKR yang hadir pula ialah Penasihat Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim, dan pimpinan PAS Pusat dan Negeri. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan jam 8.30 pagi esok di Surau Taman Melewar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh 2. Al-Fatihah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: