Rumah Ketua Pemuda PAS Cawangan dimasuki pencuri

Batu 9, 28 Jun : Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 9 Kampong Tengah, Mohd Sobirin Omar, kerugian hampir RM5,000.00, setelah rumahnya dimasuki pencuri petang tadi.

Kejadian tersebut disedari sekitar jam 3.00 petang, apabila ibu mertuanya kembali dari tempat kerja dan melihat pintu bahagian dapur terbuka. Lantas ibu mertuanya telah memeriksa barang di dalam rumah dan di dapati beberapa barang berharga telah tiada seperti sebuah Laptop, DVD Player, Tabung dan beberapa barang berharga lain.

Menurut, Mohd Sobirin, semasa kejadian beliau dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat persiapan program di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong jam 3.00 petang. Tiba-tiba emaknya telah menghubungi dan memaklumkan kejadian tersebut.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Tanjong Karang, juga berkata, pencuri tersebut telah masuk ke rumahnya melalui tingkap di bahagian dapur. Kerana terdapat kesan besi tingkap di ketuk, bagi membolehkan mereka memasuki rumah dan membuka pintu di bahagian dapur.

Menurutnya lagi, beliau banyak kehilangan dokumen penting yang telah disimpan di dalam laptop seperti laporan kewangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Tanjong Karang, laporan pembayaran dan menerima kewangan daripada PASTI Cawangan-cawangan ke PASTI Kawasan dan sebagainya, kerana semua dokumen tersebut belum sempat dicetak dan di emailkan kepada Setiausaha PASTI Kawasan, katanya yang juga Timbalan Pengerusi PASTI Kawasan.

Sementara itu, Setiausaha DPP Tanjong Karang, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha PAS Cawangan, Bendahari DPP Kawasan, Muhamad Abd Majid, AJK DPP Kawasan, Mohd Sofian Mohd Kalil, yang juga AJK PAS Cawangan dan kakitangan PKM DUN Sungai Burong, Afif Yusof, telah bergegas ke rumahnya sebaik sahaja selesai Mesyuarat di PKM DUN Sungai Burong.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: