Muslimat PAS Cawangan sertai program PEKAWANIS

Tanjong Karang, 11 Jul    : Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Batu 9 Kampong Tengah telah menghadiri program Hari Kesihatan bersama PEKAWANIS yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjong Karang dan telah dirasmikan oleh Puan Sri Datin Seri Salbiah Tunut, Isteri Menteri Besar Selangor merangkap YDP PEKAWANIS.

PEKAWANIS adalah singkatan kepada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor. Program yang berlangsung selama setengah hari tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kaum wanita.

Di dalam ucapannya, Puan Sri Salbiah berkata, kesihatan adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya, jika kita tidak menghargai kesihatan yang diperolehi, kita akan menjadi manusia yang tidak bersyukur.

Menurutnya lagi, Diantara beberapa faktor yang boleh membawa penyakit adalah melalui pemakanan. Oleh yang demikian kaum wanita perlulah berhati-hati semasa menyediakan makanan kepada ahli keluarga. Pastikan bahan makanan yang digunakan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak.

Elakkan daripada banyak mengambil makanan yang mempunyai kolestrol yang tinggi dan mempunyai lemak yang berlebihan, katanya lagi.

Dalam program tersebut orang ramai bepeluang untuk melakukan pemeriksaan kesihatan percuma yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Selangor.

Seramai hampir 200 orang peserta telah berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan percuma tersebut, yang berjalan sepanjang program.  Dalam pada yang sama pihak Jabatan Kesihatan turut membuat pameran bagi meningkatkan kesedaran kepada orang ramai supaya memelihara kesihatan.

Manakala pada jam 11.00 pagi pula ceramah kesihatan yang bertajuk “Gaya Hidup Sihat” telah disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Tanjong Karang, Dr Azizah Wahab.

Antara yang berucap selain daripada Puan Sri Salbiah dan Dr Azizah ialah Pengarah Pengarah PKM DUN Sungai Burong, Ustaz Mohd Judi Sarjo, yang juga Pemangku YDP PAS Tanjong Karang.

Penolong Pegawai Daerah (DO) Kuala Selangor, Mohd Faizal Abd Raji, Isteri Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, Datin Hajah Sabariah Sa’amin. Isteri Ahli Parlimen Kuala Selangor, Hajah Azlin Hezri, Penghulu Mukin 1, Jumasri Jumin dan Pengerusi- pengerusi  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Parlimen Tanjong Karang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: