Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 antara yang dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor

Kuala Selangor, 16 Jul    : Setiausaha PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, Mohd Faizal Mohd Barja adalah antara Sembilan muka baru yang dilantik sebagai Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi sesi 2010 – 2011 dihadapan Yang Dipertua (YDP) MDKS, Haji Haris Kassim, yang diadakan di Tingkat 1 Bangunan MDKS kuala Selangor.

Mohd Faizal, yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda PAS (DPP) Negeri Selangor dan Penolong Setiausaha 1 PAS Tanjong Karang telah dipilih bagi menggantikan Pemangku YDP PAS Kawasan, Ustaz Mohd Judi Sarjo, yang melepaskan jawatan.

Turut mengangkat sumpah ialah dua lagi wakil PAS Kawasan iaitu Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman dan Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad.

Lapan lagi muka baru yang dilantik sebagai Ahli Majlis MDKS ialah, Siti Zaleha Abdul Rashid, Norfaizah Ismail, Tanarashu a/l Krishnan, Tee Peng,  Mohd Fakaruddin Ismail, Ahmad Alang, Lee Kok Chuan dan Jegathesan a/l  Subramaniam.

Sementara itu, Dato’ Mohd Yaakob Ismail, Mohd Faizal Baharuddin, Zainal Abidin Abdul Samad, Yap Kee Thian, Low Tan, Ang Boon Teik, Selvandran a/l Pongudian, Azri Idris, Haji Sharuddin Dahlan, Kwi Ai Mie, Navaratna Chandren a/l Kanagatnam, Lakhsamanan a/l Subramoiam dan Thirumoorthy a/l Periasamy adalah antara 14 muka lama yang dilantik semula sebagai Ahli Majlis.

Di dalam ucapannya, YDP MDKS, menyeru agar setiap Ahli majlis MDKS yang baru dilantik supaya bekerjasama antara satu sama lain serta memberikan idea dan cadangan yang bernas untuk sama-sama membangunkan MDKS supaya setaraf dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain di negeri Selangor.

YDP MDKS juga turut mengumumkan perlantikan Ketua-ketua Whip bagi parti-parti iaitu Nor Az Azlan Ahmad (PAS), Zainal Abidin Abdul Samad (PKR) dan Low Tan (DAP). Manakala Setiausaha Sekretariat Ahli Majlis Pakatan Rakyat (PR) pula ialah Mohd Faizal Mohd Barja.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: