Ketua Muslimat Dan Bendahari PAS Cawangan Dapat Cahayamata Baru

Batu 9 Kampong Tengah, 29 Jul    : Ketua Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan (JMC) Batu 9 Kampong Tengah, Norazmah Muhd Kassim, telah selamat melahirkan anak ke-6 pada 23 Julai 2010 yang lalu di Hospital Sungai Buluh.

Bayi lelaki dengan berat 3.37kg selamat dilahirkan pada jam 1.20 tengahari, oleh norazmah atau lebih dikenali dengan nama Kak Intan dikalangan ahli PAS Cawangan secara normal.

Suaminya, Mohd Fauzi Mahmod yang juga Bendahari PAS Cawangan berkata, beliau akan mengadakan kenduri doa selamat bagi menyambut orang baru keluarga pada 30 julai 2010 di rumahnya dan menjemput seluruh ahli PAS Cawangan untuk hadir.

PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah mengucapkan tahniah kepada pasangan aktivis PAS Cawangan yang baru menerima cahaya mata baru dalam keluarga. Semoga dengan kehadiran orang baru dalam kelurganya akan menambahkan lagi semangat dan pengorbanan kepada parti selepas ini.

Antara pimpinan Muslimat PAS yang telah menziarahi beliau ialah, Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Kawasan, Ustazah Hajjah Jamiyah Yusof, Naib Ketua JMC Cawangan, Hajjah Safiah Ponin dan lain-lain lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: