PAS Cawangan Agihkan Kurma Menjelang Bulan Ramadhan

Batu 9, 6 Ogo    : Sempena dengan ketibaan bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak berapa lama lagi, PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah, telah mengagihkan kurma kepada ahli-ahli Muslimat PAS Cawangan dan penduduk kampong yang menyertai kelas pengajian di Surau Haji Ahmad Lorong Menanti 3, Kampong Sungai Tengi Kiri.

Sumbangan telah diagihkan oleh Ketua PAS Cawangan, Mohd Sahri Jabbar, kepada ahli-ahli jamaah yang menyertai pengajian tersebut.

Menurut, Mohd Sahri, PAS Cawangan Batu 9 telah mengeluarkan peruntukan berjumlah RM400.00 untuk membeli 50 kotak kurma. Sebanyak 38 kotak kurma telah diagihkan kepada mereka yang mengikuti pengajian di surau berkenaan, manakala selebihnya diberikan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan.

Ini adalah kali pertama PAS Cawangan memberikan sumbangan tersebut menjelang bulan ramadhan, insya-Allah program-program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Selain itu, menurutnya, PAS Cawangan juga merancang untuk mengadakan program qiamullail pada 18 Ramadhan akan datang, program tersebut juga akan diadakan di surau Haji Ahmad, oleh yang demikian seluruh ahli PAS Cawangan diminta menyertai program tersebut, katanya lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: