Papan Tanda PAS Cawangan di Pasang Di Tepi Jalan Utama

Batu 9, 9 Ogo    : PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah Hari ini telah memasang Papan Tanda PAS Cawangan di tepi Jalan Raya Klang- Sabak Bernam berhampiran dengan Lorong Menanti 1, Batu 9, Kampong Sungai Tengi Kiri.

Papan Tanda yang berukuran 5’x3’ tersebut telah dipasang secara gotong-royong oleh Ahli-ahli PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah pada jam 5.30 petang dan siap keseluruhannya pada jam 6.30 petang. Papan Tanda tersebut adalah sumbangan dari ahli-ahli PAS Cawangan.

Tujuan menaikkan semula Papan Tanda PAS Cawangan yang baru tersebut adalah untuk menunjukkan “syiar” (Lambang) kewujudan PAS Cawangan di Kampong Sungai Tengi Kiri. Selain  ia boleh dilihat oleh orang ramai yang melalui jalan tersebut terutamanya yang akan pulang ke kampong bagi menyambut Bulan Ramadhan dan Hari Raya yang akan menjelang tidak lama lagi.

Sebelum ini PAS Cawangan pernah memasang Papan Tanda berhampiran tempat yang sama, walaubagaimanapun Papan Tanda tersebut terpaksa dibuka pada tahun 2005 kerana terlibat dengan kerja-kerja pembinaan jalan raya ketika itu.

Menurut Setiausahanya, Mohd Faizal Mohd Barja, PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan telah diluluskan oleh pihak Pendaftar Pertubuhan pada tahun 2000 dengan keahlian PAS Cawangan ketika itu berjumlah seramai 25 orang sahaja.

Kini, setelah 10 tahun PAS Cawangan ditubuhkan, ia semakin kukuh dan mendapat sokongan daripada penduduk Kampong Sungai Tengi Kiri, dengan keahlian seramai hampir 100 orang, yang terdiri dari kalangan pelbagai golongan termasuk Pemuda dan Muslimat.

Cawangan Batu 9 Kampong Tengah merangkumi tiga lorong iaitu Lorong Menanti 1, Lorong Menanti 2 dan Lorong Menanti 3 selain terdapat beberapa taman perumahan yang terletak di Lorong Menanti 1 seperti Taman Masria, Taman Wawasan dan Taman Tanjong Karang.

Ahli-ahli PAS Cawangan juga aktif menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan terutamanya Muslimat PAS Cawangan seperti kelas pengajian agama, kelas fardhu ain dan sebagainya, katanya yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Antara yang membantu memasang Papan Tanda PAS Cawangan hari ini ialah Ketua PAS Cawangan, Mohd Sahri Jabbar, Naib Ketua PAS Cawangan, Haji Tasuki @Mukri Akat, Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja,  Ketua Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC), Muhd Sobirin Omar, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Cawangan, Mohd Sofian Mohd Kalil dan Ahli PAS Cawangan, Haji Ithnain Salleh.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: