Pemuda PAS Cawangan bersama DPP Kawasan sediakan bubur lambuk

Batu 9, 22 Ogo    : PAS Cawangan Batu 9 Kampong Tengah bersama Jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan (JPC) Batu 9 Kampong Tengah hari ini menjadi tuan rumah, bagi menyediakan bubur lambuk, untuk diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPP) Tanjong Karang ke Bazar Ramadhan Tanjong Karang, di rumah Setiausaha PAS Cawangan, Mohd Faizal Mohd Barja, yang juga Setiausaha DPP Tanjong Karang

DPP Kawasan hari ini telah mengadakan program turun padang ke Bazar Ramadhan Tanjong Karang untuk mengedarkan akhbar Selangorkini milik Kerajaan Negeri Selangor disamping mengedarkan risalah isu semasa kepada orang ramai yang berkunjung ke bazar ramadhan untuk membeli juadah untuk berbuka.

Persiapan untuk memasak bubur lambuk tersebut telah dimulakan sejak jam 10.30 pagi dan siap kira-kira jam 3.30 petang.

Program dimulakan pada jam 5.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang tersebut telah disertai oleh Pemangku Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Tanjong Karang, yang juga Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Negeri (DUN) Sungai Burong, Naib YDP PAS Kawasan, Haji Misran Serman, yang juga Ahli Majlis, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Ketua DPP Kawasan, Ustaz Mat Hasbollah Sudin dan Setiausaha PAS Kawasan, Nor Az Azlan Ahmad, yang juga Ahli Majlis MDKS.

Selain itu, antara pimpinan PAS Kawasan yang turut serta ialah beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Tanjong Karang dan ahli-ahli JK DPP Tanjong Karang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: